Formasi yang kemungkinan bagi pasukan Kelantan
GK : Khairul Fahmi
DF : Daudsu + Farisham + S.Subramaniam + Zairul Fitree/Abdul Aziz Ismail
MF : S.Chanturu + Shakir Shaari + Bahdri Radzi + Nurul Azwan Roya
FW : Norshahrul Idlan Talaha + Khalid Jamlus
Formasi yang kemungkinan bagi pasukan Terengganu
GK : Sharbinee Allawee
DF : Helmi Rameli + Marzuki Yusof + Mazlizam Muhammad + Zubir Azmi
MF : Joseph Kalang Tie + Resahafiq Alwi + Ismail Faruqi + Ashaari Shamsuddin
FW : Abdul Manaf Mamat + Abdul Hadi Yahya
Penerangan
- Penjaga Gol
Kem kelantan dijangka menggunakan kembali khidmat Khairul Fahmi Che Mat setelah tersisih satu perlawanan kerana membantu pasukan negara. Penganti Khairul Fahmi juga tidak kurang hebat. Posisi ini begitu kukuh buat pasukan Kelantan
Kem Terengganu pula akan menggunakan Sharbinie Allawee sebagai penjaga gol. Jurulatih masih menagih aksinya walaupun Sharbinie Allawee melakukan kesilapan mudah pada aksi sebelum ini.
- Pertahanan Kanan
Kem kelantan posisi ini begitu dominan untuk dikuasai oleh Daudsu Jamaluddin. Aksi yang ditunjukkan oleh daudsu sepanjang musim begitu konsisten dan sentiasa memberi masalah kepada pasukan lawan terutama ketika melakukan overlapping.
Kem terengganu akan menggunakan khidmat pemain tinggi lampai iaitu Helmi Rameli.
- Pertahanan tengah
Kem kelantan akan menggunakan Farisham Ismail dan S.Subramanian pada posisi ini. Khidmat Rizal Fahmi mungkin tidak dapat disaksikan kerana aksinya kurang konsisten. Pada perlawanan lalu aksi Rizal Fahmi agak kelam kabut. Farisham dan S.Subramaniam mempunyai segala aspek yang diperlukan terutamanya ketenangan. Pemain berpengalaman Wan Rohaimi pula bersedia di bangku simpanan untuk beraksi.
Kem terengganu akan menggunakan khidmat kapten mereka iaitu Marzuki Yusoff dan dibantu oleh Mazlizam Muhammad. Aksi Muhaimin mungkin tidak dapat dilihat selepas cedera ketika bertembung dengan Sharbinie Allawee pada aksi sebelum ini.
- Pertahanan Kiri
Kem kelantan mempunyai 2 pemain yang berkaliber di posisi ini iaitu Zairul Fitree Ishak dan Muhammad Abdul Aziz Ismail. Sedikit kelebihan buat zairul fitree dari segi pengalaman manakala kelebihan buat abdul aziz ismail melalui ketangkasan dan kekurangan melakukan kesilapan. Jurulatih mungkin akan menurunkan Zairul Fitree beraksi tetapi penulis amat berharap jika jurulatih M. Karathu menggunakan khidmat abdul aziz ismail kerana bagi pandangan penulis prestasi semasa zairul fitree yang tidak konsisten.
Kem terengganu pula akan menggunakan semula khidmat Zubir Azmi setelah tersisih ketika mewakili negara tempoh hari.
- Sayap Kanan
Kem kelantan akan terus menggunakan khidmat S.Chanturu bagi posisi ini kerana pemain ini mempunyai ketangkasan. S.Chanturu turut digelar express kelantan. Tetapi S.Chanturu ini mempunyai kawalan bola yang agak lemah. Pemain gantian di posisi ini adalah K. Soley yang dilihat tidak akan diturunkan kerana aksi yang longlai dari awal musim.
Kem terengganu pula akan menggunakan khidmat Joseph Kalang Tie. Ketangkasan larian joseph kalang tie sentiasa membahayakan pertahanan lawan.
- Tengah Bertahan
Kem kelantan akan menggunakan Xabi Alonso Malaysia di bahagian ini iaitu Shakir Shaari. Pemain ini adalah pemain paling konsisten dalam kem kelantan. Sentiasa menampilkan aksi kawalan bola yang baik. Pemain gantian pada posisi ini adalah pasangan adik beradik iaitu Khairan Eroza dan Khairan Ezuan yang tidak mungkin akan beraksi berdasarkan prestasi semasa Shakir Shaari.
Kem terengganu pula akan menggunakan khidmat Resahafiq Alwi.
- Tengah Menyerang
Kem kelantan akan terus menggunakan kapten iaitu Badhri Radzi yang popular dengan panggilan piya. Aksi piya pada awal musim dicemuh oleh peminat kerana aksi yang tidak konsisten. Kini piya telah kembali pada prestasi terbaiknya. Diharap aksi piya pada perlawanan ini baik kerana kekuatan kelantan terletak pada hantaran piya. Aksi "yo-yo" oleh piya amat ditakuti oleh semua penyokong kelantan. Pemain gantian dibahagian ini adalah Danial Fadhly yang sudah lama tidak diturunkan beraksi.
Kem terengganu akan menggunakan pemain muda pada posisi ini. Ismail faruqi mempunyai kepantasan untuk menghukum skuad kelantan.
- Sayap kiri
Kem kelantan akan menggunakan Nurul Azwan Roya (awe) pada posisi ini. Awe mempunyai kepantasan ketika berlari. Memiliki tubuh yang kecil bukan penghalang buat awe beraksi dengan baik. Posisi ini mempunyai masalah bagi pemain gantian, tiada pemain yang begitu regular untuk diganti diposisi ini. Penganti posisi ini diisi oleh Izuan Solahuddin dan sesekali oleh Zairul fitree.
Kem terengganu akan menggunakan khidmat pakar gelecek mereka iaitu Ashaari Shamsuddin (saha). Memiliki kekuatan kaki kiri yang telah terbukti ketika mewakili negara. Kepulangan aksi saha amat ditagih oleh penyokong terengganu setelah terpaksa berehat pada perlawanan sebelum ini akibat mengutip 3 kad kuning.
- Penyerang
Kem kelantan berkemungkinan menampilkan aksi julung-julung kali gandingan Norshahrul Idlan Talaha (mat yo) bersama Khalid Jamlus. Gandingan buat mat yo merupakan suatu perkara yang memeningkan buat jurulatih M. Karathu. Tiada pemain kelantan yang mampu untuk menjadi penyerang yang memiliki sifat "kaki gol". Khalid Jamlus mungkin akan diturunkan beraksi berdasarkan faktor pengalaman. Pemain muda seperti Ramzul Zahini Adenan dan Nizab Ayub mungkin akan dapat disaksikan pada 20 minit terakhir perlawanan.
Kem terengganu mempunyai pakej yang begitu hebat di bahagian ini. Abdul manaf mamat dan Abdul hadi yahya merupakan gandingan yang hebat dan mempunyai keserasian yang baik.